Friday, February 20, 2009

17 September...

BALADA SEORANG GADIS KECIL.. dendangan Saudara Zubir Ali. Mengikut sumber yg diperolehi di internet.. lagu ini diilhamkan oleh Saudara Zubir Ali berikutan dgn tragedi di Kem Sabra Shatila, Palestin, dimana pembunuhan etnik berlaku oleh tentera Israel pada tahun 1981. Ketika tu, Ariel Sharon mengarahkan tentera Israel membunuh lelaki Palestin, merogol tawanan wanita dan anak gadis Palestin ..

Sekarang .. lagu ini seringkali diputarkan di corong2 radio dan tv berikutan dgn apa yg berlaku baru2 ini .. sekali lagi di Palestin..

Sewaktu kecil dulu .. amat teruja bila mendengar lagu ini disebabkan .. 17 SEPTEMBER tanpa mengetahui cerita disebalik bait2 lagu ini .. pabila meningkat dewasa dan mengetahui ttg 'sejarah' lagu ini .. walaupun lagu 'sedih' tetapi tetap seronok bila part '17 SEPTEMBER' .. Kenapa? Hmm .. kan sama dengan nama blog ni .. (">) .. sebabnya .. 17 SEPTEMBER adalah tarikh lahir saya!

Bila tarikh lahir anda? Ada sape2 yg sama tarikh lahir 17 SEPTEMBER? (">)

http://www.youtube.com/watch?v=akqYRrhD_j8

Semoga Allah swt melindungi SAUDARA kita di mana jua mereka berada.. insyaAllah ..

Santau?

Batuk berterusan selama 5 bulan.. sudah pergi ke 4 klinik & 2 hospital tetapi batuk masih tidak nampak tanda2 utk pulih walau 10%. Apabila bertemu dgn beberapa org rakan sekerja .. salah seorg drp mereka menyarankan utk berubat secara tradisional .. lantas mengagahi diri mengunjungi Pusat Rawatan Darussyifa yg kebetulan mengadakan 'aktiviti mingguan' di Rawang. Alangkah terkejut apabila ustaz menyatakan ada simptom SANTAU!! Memang tidak terlintas di fikiran langsung mengenai hal tersebut .. hanya memohon kpd Allah swt utk memberi kesembuhan n berserah kpd-NYA jua utk memberi balasan yg setimpal kpd 'manusia' yg bertuankan syaitan itu. Alhamdulillah .. dlm seminggu selepas mndapatkan rawatan tersebut .. batuk dh berkurangan sehingga 99.9%! Alhamdulillah ..

Tetapi ... sewaktu brtemu dgn seorg doktor di salah sebuah klinik swasta (seorg Islam) .. beliau menyatakan tidak wujud kisah SANTAU di dalam kehidupan ini apabila saya bertanyakan hal itu...

Wujudkah SANTAU / SIHIR dlm kehidupan kita?