Friday, February 20, 2009

17 September...

BALADA SEORANG GADIS KECIL.. dendangan Saudara Zubir Ali. Mengikut sumber yg diperolehi di internet.. lagu ini diilhamkan oleh Saudara Zubir Ali berikutan dgn tragedi di Kem Sabra Shatila, Palestin, dimana pembunuhan etnik berlaku oleh tentera Israel pada tahun 1981. Ketika tu, Ariel Sharon mengarahkan tentera Israel membunuh lelaki Palestin, merogol tawanan wanita dan anak gadis Palestin ..

Sekarang .. lagu ini seringkali diputarkan di corong2 radio dan tv berikutan dgn apa yg berlaku baru2 ini .. sekali lagi di Palestin..

Sewaktu kecil dulu .. amat teruja bila mendengar lagu ini disebabkan .. 17 SEPTEMBER tanpa mengetahui cerita disebalik bait2 lagu ini .. pabila meningkat dewasa dan mengetahui ttg 'sejarah' lagu ini .. walaupun lagu 'sedih' tetapi tetap seronok bila part '17 SEPTEMBER' .. Kenapa? Hmm .. kan sama dengan nama blog ni .. (">) .. sebabnya .. 17 SEPTEMBER adalah tarikh lahir saya!

Bila tarikh lahir anda? Ada sape2 yg sama tarikh lahir 17 SEPTEMBER? (">)

http://www.youtube.com/watch?v=akqYRrhD_j8

Semoga Allah swt melindungi SAUDARA kita di mana jua mereka berada.. insyaAllah ..

Santau?

Batuk berterusan selama 5 bulan.. sudah pergi ke 4 klinik & 2 hospital tetapi batuk masih tidak nampak tanda2 utk pulih walau 10%. Apabila bertemu dgn beberapa org rakan sekerja .. salah seorg drp mereka menyarankan utk berubat secara tradisional .. lantas mengagahi diri mengunjungi Pusat Rawatan Darussyifa yg kebetulan mengadakan 'aktiviti mingguan' di Rawang. Alangkah terkejut apabila ustaz menyatakan ada simptom SANTAU!! Memang tidak terlintas di fikiran langsung mengenai hal tersebut .. hanya memohon kpd Allah swt utk memberi kesembuhan n berserah kpd-NYA jua utk memberi balasan yg setimpal kpd 'manusia' yg bertuankan syaitan itu. Alhamdulillah .. dlm seminggu selepas mndapatkan rawatan tersebut .. batuk dh berkurangan sehingga 99.9%! Alhamdulillah ..

Tetapi ... sewaktu brtemu dgn seorg doktor di salah sebuah klinik swasta (seorg Islam) .. beliau menyatakan tidak wujud kisah SANTAU di dalam kehidupan ini apabila saya bertanyakan hal itu...

Wujudkah SANTAU / SIHIR dlm kehidupan kita?

Saturday, January 31, 2009

Haiwan peliharaan..

Ada yg mngatakan memelihara haiwan peliharaan spt kucing, arnab, hamster dan sebagainya boleh mnjadi satu terapi apabila mnghadapi stress.. betul ke?

Sunday, January 18, 2009

Azam

Pabila tiba detik 12tgah malam pada setiap tarikh 31 Disember setiap tahun .. kebanyakkan daripada kita pasti tak sabar untuk meraikannya dan yang pasti .. tersemat dihati kita adalah AZAM BARU yang bakal dilaksanakan kelak.

Persoalannya .. adakah AZAM perlu pada setiap tahun baru?
Adakah AZAM itu penting untuk kita laksanakan?
Berapa ramai di antara kita yg BERJAYA melaksanakan AZAM disetiap tahun?

Thursday, January 15, 2009

Lagu yang paling menyentuh jiwa ..

Setiap hari .. ada sahaja lagu baru yang boleh kita dengar di corong2 radio .. lagu dulu atau lagu sekarang pasti kita mempunyai lagu yang menyentuh jiwa setiap kali kita mendengar bait2 lagu tersebut. Antara lagu dahulu yang 'memberi kesan' di jiwa saya adalah lagu KESAN dendangan Zur Eda yang dahulunya terkenal dengan lagu Pelitaku & Kelmarin. Bagaimana pula dengan anda?

Warna kehidupan ..

Benarkah warna kegemaran kita menggambarkan personaliti kita?
Benarkah meminati warna HITAM bermakna anda seorg yg penuh misteri?
Warna MERAH bermakna anda seorg yg berani?